LONDON – Nama Muhammad merupakan nama paling popular di London dan menjadi pilihan untuk bayi yang baru dilahirkan sejak tiga tahun berturut-turut. Muhammad iaitu nama sempena Nabi Muhammad S.A.W itu paling popular, namun ia dieja dengan abjad berbeza iaitu Muhammad, Mohammed dan Mohammad.
Sejak 1999, nama bayi yang diberi nama Mohammed, telah meningkat lebih daripada separuh. Nama
pilihan lain iaitu Harry dan Jack, telah menduduki senarai 100 nama
pilihan untuk bayi lelaki dalam rekod Jabatan Pendaftaran. Selain
nama Harry dan Amelia yang turut menjadi nama pilihan pada tahun lepas,
nama lain yang turut serta ialah Hugo, Sonny dan Seth untuk lelaki.
Manakala nama Ivy, Darcey, Tilly dan Violet juga merupakan nama popular untuk kanak-kanak perempuan.
Sementara
nama seperti Ashton dan Reece untuk lelaki serta Nicole dan Kayla untuk
perempuan telah terkeluar daripada 100 senarai nama pilihan pada tahun
ini. Menurut pengasas kelab keibubapaan, Bounty.com,
Lisa Penney, biarpun selebriti menamakan anak-anak mereka dengan nama
yang pelik, namun ibu bapa lain lebih suka memberikan nama kepada anak
mereka dengan nama tradisional dan mudah disebut.
"Kita melihat trend nama untuk orang tua ini semakin meningkat. "Beberapa
tahun lalu, nama Ava dan Isla jarang didengar untuk bayi perempuan,
namun kini nama itu menduduki tangga 20 teratas,'' katanya.
kredit |
Menarik : Nama Muhammad merupakan nama paling popular di London
Name
Author description. Search this text in your template code and replace it.