Montreal – Kurang daripada seminggu selepas seekor ular sawa membelit dua kanak-kanak hingga mati, polis semalam menemui 40 ular berkenaan dari bilik sebuah hotel. Reptilia itu ditemui dalam beberapa tong plastik di sebuah bilik hotel di Brantford, Ontario, tempat sepasang kekasih yang melarikan diri dari rumah menginap, kata polis.
Polis melancarkan
siasatan terhadap kes itu, tetapi mereka tidak menyatakan di mana
pasangan terbabit berada ketika ular itu ditemui atau sama ada mereka
akan didakwa kerana melanggar undang-undang melarang memiliki ular sawa.
Ular
berkenaan yang panjang antara 30 sentimeter dan 1.4 meter berada dalam
keadaan tidak sihat. Ia kemudian diambil Persatuan Perlindungan Haiwan
Kanada untuk tujuan pemeriksaan kesihatan. Penemuan
itu berlaku 11 hari selepas Connor dan Noah Barthe yang berusia enam
dan tujuh tahun mati di bandar Campbelton, New Brunswick apabila seekor
ular sawa Afrika terlepas dari kurungan dan membelit mereka hingga mati.
Siasatan
polis mendapati ular itu terlepas dari kurungannya sebelum menjalar
melalui ruang pengalihan udara yang menuju ke bilik kanak-kanak
terbabit. – AFP
kredit |
Kasihan : 40 Ular Sawa Dalam Bilik Hotel
Name
Author description. Search this text in your template code and replace it.