Kasihan : Zoo Guna Anjing Jadi Singa Afrika !!

August 26, 2013

Anjing

Sebuah zoo di China dilihat cuba memperbodohkan pengunjung mereka dengan menggunakan anjing untuk menyamar sebagai Singa Afrika. Penipuan itu terdedah selepas 'singa' itu mula menyalak. Sebuah zoo di Taman Awam Luohe, di Wilayah Henan, menggunakan spesis biasa haiwan untuk menyamar konon-kononnya sebagai spesis eksotik.

Menurut laporan akhbar Beijing Youth Daily, seorang pengunjung yang hanya dikenali dengan nama Liu mahu menunjukkan kepada anaknya perbezaan bunyi yang dibuat binatang. Dia terkejut kerana haiwan di dalam kurungan yang dilabelkan sebagai 'Singa Afrika' menyalak seperti anjing. Haiwan itu sebenarnya seekor anjing jenis biakan Tibetan Mastiff, sejenis anjing yang besar dengan rambut yang panjang di muka seperti singa.

"Zoo telah menipu kami," kata Liu yang dikenakan bayaran RM8 untuk tiket memasuki Zoo itu. "Mereka cuba membuatkan kami percaya seekor anjing sebagai seekor singa," katanya marah. Tiga haiwan lain yang diletakkan dalam kurungan yang salah ialah dua tikus coypu di dalam kurungan ular, seekor musang putih dalam kurungan harimau bintang dan seekor lagi anjing di dalam kurungan serigala. Ketua Jabatan Rawatan Haiwan di zoo itu Liu Suya berkata zoo itu sememangnya memiliki seekor singa tetapi ia sedang di bawa ke tempat pembiakan dan anjing itu yang dimiliki oleh seorang pekerja, diletakkan sementara atas sebab-sebab keselamatan. – AFP

kredit
 

©Copyright 2011 Kecoh Bebenor | TNB