Info : 5 Jenis Cacing Yang Merbahaya

July 22, 2013
1. HOOKWORM
  • Hookworm adalah cacing nematod parasit yang tinggal didalam usus kecil perumahnya yang terdiri dari mamalia seperti kucing, anjing dan manusia. Risiko paling ketara bagi jangkitan cacing ini ialah anemia dan kehilangan mineral besi serta protin didalam perut.
Cacing Hookworm 


Kaki yang terkena larva Hookworm

2. ASCARIS
  • Ascaris adalah genus bagi cacing nematod parasit yang biasanya dikenali sebagai cacing bulat usus gergasi. Ia boleh menjangkiti manusia dan haiwan ternakan terutamanya babi di kawasan sub-tropika dan tropika yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang baik. Jangkitannya boleh menyebabkan kesihatan sentiasa terganggu dan kadangkala boleh membawa maut.
  • Cacing ini akan mengurangkan nilai-nilai pemakanan yang diambil, mengganggu proses kognetif dan menimbulkan kekangan pada usus dan dubur
Cacing Ascaris



3. GUINEA WORM

  • Nama asalnya Dracunculiasis dan juga dipanggil Medina Worm. Ia adalah jangkitan parasit disebabkan oleh cacing nematod Dracunculus medinesis.
  • Cacing Guinea adalah satu parasit manusia yang paling banyak didokumentasikan. Dari abad kedua sebelum Masehi dalam cacatan ahli sejarah Greek, penyakit Cacing Guinea hanya dijangkiti apabila manusia meminum air bertakung yang sudah mempunyai telur cacing ataupun melalui kawasan berair yang dijangkiti tanpa sebarang perlindungan.
Cacing Guinea Worm

Kaki yang terkena Cacing Guinea Worm
Cacing Guinea Worm
juga menyerang di bahagian betis


4. TAPEWORM
  • Tapeworm adalah cacing rata yang bersifat parasit yang menetap didalam saluran pencernaan Vertebrata bagi yang dewasa dan didalam tubuh bagi yang kecil. Ada sesetengah jenis tapeworm boleh membiak sehingga 30 meter (100 kaki) panjang.
  • Telur tapeworm biasanya dicernakan bersama makanan ataupun melalui tanah yang dicemari dengan najis manusia atau haiwan. tapeworm juga boleh diterima dengan memakan makanan mentah berupa daging dan ikan sekiranya mengandungi larva tapeworm
  • Setelah masuk kedalam tubuh, tapeworm akan membesar menjadi dewasa didalam usus dan boleh bertahan sehingga 20 tahun lamanya. Tapeworm juga boleh berjangkit semula sekiranya kita tidak membasuh tangan dengan sempurna apbila selesai membuang najis.



Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna
setelah menggunakan tandas. Jangan sampai
tapeworm memasuki tubuh anda

5. FILARIAL WORM
  • Penyakit Filariasis adalah penyakit berjangkit dan parasit dikawasan tropika disebabkan oleh cacing Filarial yang berbentuk seperti benang. cacing ini mempunyai variasi yang menetap didalam sistem limfa, lapisan lemak tubuh dan ruangan didalam abdomen. Cacing ini juga boleh disebarkan melalui nyamuk.
  • Penyakit yang paling terkemuka bagi cacing ini ialah kaki gajah atau elephantiasia, satu penyakit yang akan menebalkan kulit dan lapisan tisu di bawahnya dan disebarkan melalui nyamuk. kaki gajah adalah hasil apabila cacing Filarial memenuhi sistem limfa.

Penyakit untut atau kaki gajah
adalah disebabkan oleh cacing Filarial Worm


 

©Copyright 2011 Kecoh Bebenor | TNB