Menarik : Helah Kamera Punca Belut Di Sangka Raksasa Laut !!

August 01, 2013


Seorang nelayan yang bernama Doug Cutler, telah membuat dunia gempar dengan memuat naik gambar belut biasa dengan sedikit helah kamera, sehingga rupa bentuk seperti raksasa laut menjijikan yang sering kita lihat dalam filem-filem fiksyen sains.

Doug Cutler menangkap belut tersebut dengan menggunakan panah di perariran New Jersey, AS. Kemudian, Cutler telah mendapat idea,dia mengambil gambar belut yang sudah berlumuran darah itu dengan kamera yang dibawanya.

Kerana ingin supaya belut ini tidak kelihatan biasa, maka Cutler menggunakan sedikit helah kamera untuk memanipulasi ukuranya.Hasilnya,belut biasa itu kelihatan seperti raksasa laut yang mengerikan dengan gigi yang kecil-kecil tetapi tajam, serta kelihatan sangat besar dan berisi.

 

Kemudian, Cutler memuat naik foto tersebut ke Reddit.com, dan terus booming di dunia maya. Dalam masa yang singkat, gambar tersebut sudah dilihat oleh lebih daripada 1.2 juta orang.

Akan tetapi, para ilmuwan dari majalah Outdoor dan pihak-pihak lain menyebutkan bahawa haiwan hasil tangkapan Cutler, bukan sekadar belut biasa, tetapi sejenis Sea lamprey, spesies haiwan parasit yang biasa hidup di perairan sebelah utara Atlantik.

Dan inilah saiz sebenarnya haiwan hasil tangkapan nelayan muda tersebut.

 

©Copyright 2011 Kecoh Bebenor | TNB