Dengan
hati-hati Mr Olsen menyembelih ayamnya tanpa merosakkan
tulang leher si ayam, kerana ia tahu itu adalah kesukaan sang ibu
mertua. Setelah itu keadaan masih berjalan normal dengan si ayam
menggelepar-gelepar seperti layaknya ayam yang baru saja disembelih. Namun
anehnya setelah ditunggu beberapa lamanya si ayam bukannya mati, justeru
meneruskan aktivitinya sebagai seekor ayam yang tidak mengalami
apa-apa. Ayam yang telah tidak mempunyai kepala ini berkelakuan seperti
seekor ayam yang sihat berkeliaran, merenggangkan sayapnya dan bahkan cuba
untuk mematuk tanah mencari makanan dengan lehernya yang telah kudung. Ia
juga berusaha berkokok walaupun yang terdengar hanyalah suara geraman yang
berasal dari sebahagian tenggorokannya yang tertinggal.
10 September
1945, seorang petani bernama Lloyd Olsen di daerah Fruita, Colorado, Amerika
Syarikat sedang menunggu kunjungan ibu mertuanya untuk makan malam bersama di
rumahnya. Isterinya menyuruhnya untuk menangkap dan menyembelih seekor
ayam peliharaannya untuk dijadikan sajian. Ia memilih seekor ayam jantan
berumur 5.5 bulan, dan dengan sebuah kapak ia cuba menyembelihnya seperti yang
telah sering ia lakukan.
Keesokan
harinya ternyata ayam ini masih hidup, dan Mr. Olsen berniat untuk
merawatnya dengan menyuapnya makanan dan minuman yang diperlukan si ayam untuk
bertahan hidup. Ia memberi nama si ayam Mike. Seminggu kemudian
Mr. Olsen membawa Mike ke University of Utah di Salt Lake City sejauh 250
batu untuk diteliti. Di situ diketahui bahawa kapak Mr. Olsen tidak
mengenai jugular vein (pembuluh darah dari otak ke jantung) yang membuat
jaringan otak dan satu telinga Mike tidak terputus.
Dan
kerana reaksi seekor ayam sebahagian besar dikawal oleh rangkaian otak ini,
Mike dapat beraktifitas seperti biasa walaupun telah kehilangan
kepala. Sebuah gumpalan menyelamatkan Mike untuk tidak mengalami
pendarahan hingga mati.Mike bertahan hidup selama 18 bulan ke depan, dan
menjalani "kerjaya" sebagai bintang persembahan yang sangat popular
ketika itu dan digelar The Wonder Chicken, ayam ajaib. Di masa jayanya
Mike dapat menghasilkan wang sebanyak $ 4,500 (nilai ini setara dengan $ 48,000
saat ini, ) dalam sebulan dari pertunjukannya.