Orang sekarang ni lebih gemar tukar yang baru daripada membaiki atau mengubahsuai. Tahu tak, orang-orang Barat sebenarnya lagigemar membaiki or mengubahsuai sendiri barang-barang terpakai mereka kepada sesuatu yang kreatif dan boleh diguna hari-hari.
Sebab tu, rumah-rumah mereka ni tak lengkap kalau takde bengkel or lotengyang jadi stor pelbagai alatan pertukangan mereka..So, kat sini aku nak kongsikan betapa mudahnya mereka mencipta sesuatu untuk kegunaan harian dalam rumah mereka, hanya dengan menggunakanbahan-bahan buangan yang kita selalu anggap tak berguna lagi.
Sangat mudah ye tuan-tuan dan puan-puan , pertama kita tengok yang ni dulu :
1. Rak daripada botol/ tin minuman/ tin besar/ cawan plastik dan sebagainya
(tapi jangan pula letak barang yang terlalu berat, ikut kesesuaian lah ye)
Tahap kreatif : 10/10
2. Tempat letak bahan bacaan menggunakan botol terpakai
Tahap kreatif : 10/10
3. Rak daripada susunan buku
Tahap kreatif : 8/10
4. Bekas letak pensel daripada buku tebal
(hah, sape yang ada lagi Yellow Pages tu boleh lah cuba buat bekas ni)
Tahap kreatif : 5/10
5. Dekorasi lampu guna bulb lampu terpakai
(ini sangat cool, rasa nak buat esok jugak, sape nak bagi bulb lampu free untuk aku~)
Tahap kreatif : 10/10
6. Bangle / Gelang tangan daripada penutup tin minuman
(okay, aku rasa nak pakai, tapi malas nak buat, tengok je dah nampak lecehnya
nak buat, tapi coOL)
Tahap kreatif : 8/10
Dan kat Malaysia ni, pergi lah area Felda, memang banyak gila style pasu bunga
dia buat daripada tayar terpakai macam ni :
Setuju ? :) Kreatif juga orang kita kan (n_n) So, janganlah membazir sangat,
selagi ada, boleh lah try buat benda-benda yang kreatif dan jimat. Kalau tak
pandai, research je lah kat internet, banyak lagi idea best untuk dicuba.