Teknologi : Jetpack Akan Dijual Tahun Hadapan Dengan Harga RM484,000 Sebuah !!

October 03, 2013



Sebuah kenderaan hebat yang membolehkan penggunanya terbang menggunakan roket yang diikat di belakang badan dijangka bakal berada di pasaran tahun depan.

Kenderaan yang dikenali sebagai jetpack dikeluarkan syarikat Martin Aircraft Company (Martin) itu dijangka dijual dengan harga RM484,000 sebuah.

Kini, kenderaan itu sedang berada dalam tempoh pembangunan dan ujian sejak 2006.

Syarikat Martin percaya Jetpack ciptaan mereka merupakan jetpack yang paling dinanti-nantikan kerana keupayaan terbang yang lebih lama dan mampu mencapai altitud lebih tinggi.

Biasanya jetpack hanya mampu terbang selama 15 minit sebelum bahan api yang digunakan habis. Jetpack keluaran Martin ini mampu terbang setinggi 900 meter dan memecut sehingga 74 km sejam dan berada di udara selama 30 minit.

Sasaran syarikat Martin ialah untuk jetpack ciptaan mereka akan digunakan pada misi mencari dan menyelamat ketika kebakaran dan juga boleh digunakan untuk tujuan rekreasi.

Bagi memastikan keselamatan penggunanya, setiap jetpack dilengkapi sistem payung terjunnya sendiri.

Nama jetpack mula muncul dalam beberapa cereka fiksyen sekitar tahun 1920-an. Watak superhero terkenal seperti Rocketman menggunakan enjit jet galas untuk menentang musuh.

Ia menjadi kenyataan apabila pertama kali muncul dalam filem James Bond pada tahun 1960-an.

Kredit
 

©Copyright 2011 Kecoh Bebenor | TNB