Teknologi : Samsung Galaxy Note 3 Membawakan Skrin Bersaiz 5.7-inci Dengan Penambahan Fungsi S-Pen !!

September 05, 2013

Samsung Electronics hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan phablet terbaru mereka, iaitu Galaxy Note 3. Bersama-sama dengannya, ia turut membawakan kemaskini kepada sokongan S-Pen dengan beberapa fungsi baru.
Dari segi spesifikasi terlebih dahulu, ia membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan sokongan paparan HD penuh, dua pilihan cip pemprosesan berdasarkan sokongan rangkaian (3G atau LTE), kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan turut didatangkan dengan sokongan NFC, IR LED, dan bateri berkapasiti 3200mAh.
Galaxy Note 3
Dari segi rekabentuk, Samsung mengatakan ia membawakan rekaan yang artistik dengan dilengkapi kerangka belakang yang lebih sedap untuk dipegang ketika dikendalikan.
S-Pen dikemaskini dengan beberapa sokongan baru, termasuk AirCommand, Action Memo, Scrapbook, Screen Write (rakam paparan skrin dan tulis padanya), Pen Window (membuka tetingkap baru untuk tujuan multitasking) dan beberapa yang lain.
Salah satu aplikasi baru yang turut disertakan adalah My Magazine, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini semasa daripada laman-laman berita dan juga rangkaian sosial. Samsung mengatakan ia dibangunkan dengan kerjasama pihak Flipboard, dan diintegrasikan ke Galaxy Note 3.
Beberapa fungsi lain yang turut disertakan adalah sokongan keselamatan Samsung KNOX, dan juga fungsi Find My Mobile.
Galaxy Note 3 dijangka akan ditawarkan ke pasaran global bermula penghujung September ini.
Galaxy Note 3
Galaxy Note 3
 

©Copyright 2011 Kecoh Bebenor | TNB