Memang
jodoh pertemuan di tangan Allah S.W.T. Tetapi tidaklah bermakna usaha
dan ikhtiar langsung tidak diperlukan. Ertinya sesudah berikhtiar
semampu mungkin, maka selepas itu terpulanglah pada Allah apa yang
hendak ditakdirkannya.
Perkahwinan
adalah penting. Ia adalah suatu pembentukan awal sebuah masyarakat
kecil yang akan berlanjutan ke anak cucu dan turun temurun. Dan ini
sesuai pula dengan fitrah semulajadi manusia, iaitu memerlukan pasangan
di dalam hidupnya.
Oleh
itu merancangkan satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar
yang tidak boleh dipandang kecil. Hal yang paling penting ialah mencari
jodoh. Siapakah bakal isteri atau suami yang hendak dipilih? Yang mana
kalaulah terjadi salah pilih, maka kesannya sangatlah buruk, terpaksa
menanggung derita dan seksa di dunia hingga akhirat. Tiada bahagia dan
kasih sayang. Rasulullah S.A.W. sudah berpesan tentang syarat memilih isteri.
Sabda baginda:
"Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, Keranaharta, rupa, keturunan dan agamanya. Maka pilihlahyang baik agamanya."
Fahamlah
kita bahawa syarat penting memilih isteri atau suami ialah yang
beragama. Dengan kata lain yang beriman dan yang mengamalkan syariat
Islam. Kalau syarat ini ada barulah kita fikirkan tentang hal-hal
seperti rupanya, kekayaannya, keturunannya danlain-lain.
Tidak
ada syarat lain lagi yang lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh
baginda itu. Sebab, wanita beriman, walau dia kaya atau cantik, nescaya
dia tetap merendah diri pada suaminya. Tidak akan dikecilkan hati
suami lebih-lebih lagi tidak akan ia derhaka pada suami.
Sebaliknya
yang wanita cantik pada wajahnya tetapi tidak beriman selalunya
membuat suaminya berkeadaan serba salah. Begitu juga wanita kaya yang
tidak beriman, biasanya akan memperbudakkan suaminya.
Ini
selalu terjadi di dalam masyarakat kita hari ini. Oleh kerana mereka
berkahwin bukan kerana Allah, memilih pasangan pula bukannya kerana
agamanya, tetapi kerana jawatan, gaji rupa dan lain-lain,
ditambahdengan cara kenduri kahwin penuh kefasikan, maka hasilnya
terjadilah seperti apa yang terjadi sekarang.
Kalau isteri berjawatan tinggi atau seorang yang terkenal maka rumahtangga mereka akan berada dalam keadaan:
Suami
sering merasa hina diri (inferioritycomplex) terhadap isteri. Isteri
tidak melayan dengan sepatutnya, maklumlah sibuk dengan tugas dan sibuk
melayan orang lain. Suami selalu tinggal sendiri.kalau isteri ada di
rumah pula dia merasai berhadapan dengan orang besar, yang dihormati
ramai, maka masakan mudah baginya untuk mengajak isteri bermesra-mesra
dan melayannya dengan baik. kerana itu hiduplah suami dalam keadaan
kesunyian selalu dengan rasa rendah diri. Kebahagiaan bersuami-isteri
dan berkasih sayang tidak akan terasa lagi.
Oleh
kerana isteri biasa mengarah-arahkan pekerja bawahannya atau orang
ramai, maka tentu dia terbawa-bawa ke rumah, yakni suka mengarah suami.
Apa lagi kalau suaminya berjawatan kecil, sepertilah orang bawahnya.
Maka dalam keadaan apa pun suami akan rasa hina diri.
Mengalah
sajalah suami. Ikut sahaja apa isteri kata. kalau pun kadang-kadang ia
tidak sukadengan perkara itu, terpaksa ditekan-tekan rasa. Pendeknya
jadual rumahtangga akan diatur oleh isteri.
"Kita balik kampung bang".. "Kita keluar bang".. "Malam ini jangan kacau I bang, I letihlah".. dan sebagainya.
Bila suami ajak ziarah emak di kampung, dia jawab, "Saya ada mesyuarat esok, tidak boleh cuti."
Kadangpula suami ajak pergi kenduri kahwin dijawab, "I ada 'appointment' petang ini."
Sewaktu suami ajak kebilik tidur dia jawab, "I nak siapkan 'speech' untuk esok. Abang masuklah dulu"
Isteri jadi tuan. Suami jadi khadam. Orang yang tidak tahu mereka itu suami isteri akan menyangka suami itu orang gajinya.
Isteri
sentiasa keluar. Siang keluar, malamkeluar. Bila balik, sudah letih.
Maka suami akan menjadi orang bujang. Ada isteri macam tidak ada
isteri. Sebab dia tidak dapat miliki isteri itu. Hanya boleh
dipandang-pandang, boleh dipegang sekali-sekali. Tetapi tidak boleh
dikawal mengikut kehendak suami.
Oleh
kerana isteri ada jadual sendiri dan ada pandangan sendiri, maka
selalunya arahan suami akan dibahas dan dipertikaikan. Suami jarang
merasai isterinya taat padanya. Pun jarang si isteri meminta
keizinannya untuk melakukan sesuatu.
Isteri
tidak rasa bersandar hidup dengan suami. Biasanya seorang isteri
bergantung hidup, nafkah dan tanggungannya pada suami. Tetapi kerana
isteri berjawatan, ia rasa lebih dari suaminya, maka isteri tidak lagi
bersandar pada suami.
Ia
tidak memerlukan apa-apa dari suaminya; tiada istimewa dan tidak ada
kelebihan apa-apa untuk dia bersandar hidup. Hatta kalau suaminya
menceraikannya pun dia tidak rasa bimbang apa-apa. Maka dia berani buat
apa disukainya terhadap suaminya.
Kalau isteri lebih pandai dari suami maka:
Isterinya
akan membuatkan suami sentiasa rasa hina diri dan rendah diri, kerana
isterinya akan banyak mengajarnya. Bukannya suami mendidik isteri
tetapi berlaku sebaliknya. Kalau suami buat apa-apa yang silap atau
tidak tepat selalulah kena komplen atau diketawakan oleh si isteri.
Hendak
marah atau hendak merajuk pun takut pula kena leter dengan isteri,
maklumlah isteri bijak. Al hasil suami sentiasa rasa diperkecilkan oleh
isteri. Dirasa dirinya sentiasa rendah di samping isterinya. Kasih
sayang dan kebahagiaan yang layak bagi seorang suami tidak dapat
dirasainya lagi.
Isteri
tidak yakin dengan sikap, cakap dan arahan suami, maka dengan sebab
itu dia tidak boleh taat pada suaminya. Kalau taat pun hanya atas dasar
patuh.
Isteri
berani mengarah, menentang dan marah-marah pada suami. Si isteri pula,
kerana selalurasa dikalahkan, tidak akan boleh mengawal keadaan
begini. Maka terjadilah suami menurut kata isteri, suami ikut cakap
isteri. Hidup suami diatur oleh isteri.
Suami
tidak akan memberi apa-apa maklumat dan tunjuk ajar pada isteri,
disebabkan dia rasa malu pada isterinya yang lebih pandai darinya. Oleh
kerana kebiasaan isterinya menyanggahnya maka dia bimbang kalau-kalau
maklumat atau ceritanya akan disanggah lagi atau dipandang kecil oleh
isteri. Kerana itu selalunya isterinya yang banyak cakap, suami menurut
saja.
Ertinya
suami belajar dengan isteri. Kemuncak dari itu, ialah suami takut
untuk membuat arahan atau permintaan pada isteri. Tegasnya suami akan
takut pada isteri.
Kalau beristeri cantik
Si
isteri sedar dan bangga dengan kecantikannya, maka suami akan selalu
kalah dengan kehendak isteri. Si suami pula suka akan kecantikan
isteri, dia menyayangi isterinya atas dasar isterinya cantik.
maka jadilah keadaan di mana segala kehendak isteri diikutinya. Isteri
tentu sedar akan hal ini maka diambil kesempatan untuk mengarahkan
suaminya, ikut ragam dan kerenahnya.
Minta
itu minta ini, arah itu arah ini. Kalau tidak dapat, merajuk, meragam
dan merengek-rengek. Kalau kemahuannya tidak diikuti dia mengugut
hendak balik kg atau minta cerai. Diatahu suaminya tidak akan
menceraikannya. Si suami pula kerana terlalu sayang, ikut saja. bukan
senang hendak dapat isteri cantik. tetapi hati menderita. Bak
kataorang, mata sedap hati sakit. Ibarat buah kepayang ditelan pahit
dibuang sayang. Hal ini jarang berlaku pada wanita-wanita yang tidak
cantik. Mereka tidak berani meragam sebab mereka tahu suaminya boleh
menceraikannya, cari yang lain.
Kalau beristeri kaya
Suami
akan jadi hamba, sebab si suami bersandar rezeki pada isteri. Isteri
jadi 'boss', boleh buat apa saja arahan yang disukai. Oleh kerana rasa
termakan budi, suami merasai tidak patut pula kalau tidak menurut
arahan isterinya. Akhirnya diperhambakan isteri. Dalam keadaan itu
suami akan rasa rendah dan hina diri dan tidak berani si suami berlaku
sebagai ketua rumahtangga untuk mengarah itu dan ini. Maka akhirnya
isterilah yang jadi ketua rumah, jadi 'queen-control'. Jadual dan
program isteri yang tentukan. Suami mengiyakan sahaja.
Kalau beristeri yang tidak kaya, tidak pandai, tidak tinggi jawatan:
Isteri
yang setaraf dengan suami atau lebih rendah lagi tidaklah susah sangat
suami dibuatnya. Isteri itu terpaksa bersandar sepenuhnya dengan
suami. Dan dia pula tidak boleh memberi apa-apa pada suami, dan dirasai
suaminya lebih daripadanya. Ada kekuatan dan keistimewaan. Maka
mudahlah dia hormat dan taat.
Selamatlah
hati suami. namun ketaatan ini bukanlah ketaatan yang suci murni,
kerana dibuat dengan terpaksa. Yang mana kalaulah isteri itu kaya
misalnya, nescaya dia turut menyusahkan suaminya juga.
Ada
waktu-waktunya isteri akan engkar juga dengan suaminya, terutama suami
ada salah silapnya. Itulah wanita yang tidak beriman yang selalu
menyusahkan suami. Suami tidak rasa terhibur dengan isteri. Rasa
bahagia, mesra dan kasih sayang dengan isteri semakin hilang dari hari
ke hari.
Suami
merasai lebih bahagia kalau berada di luar rumah atau jauh dari
isteri.Setiap kali hendak balik ke rumah, suami cemas menanti apa pula
ragam si isteri. Soalan apa yang akanditanya. Apa pula yang akan
dirungutkan, apa yang akan dimintanya. Panjang mana pula leter yang
akan didengar. Semasam mana pula mukanya dan macam-macam lagi ragam dan
kerenah yang akan dihadapi.
Kesah ini pernah berlaku kepada seorang pendakwah, seorang suami tiba-tiba saja menghulur RM50.00 pada isterinya.
Itulah cerita isteri
yang sedang dididik dengan iman. Suami keluar dakwah, kadang-kadang
tidak balik. Maka sedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan
itu,boleh bersabar dengan ujian kesusahan. tetapi kalaulah tidak dididik
dengan iman, mustahil seorang isteri boleh bermanis muka dengan suami
di waktu dia sendiri sedang berduka.
Isteri
solehah akan sentiasa berfikir untuk memberi kebahagiaan kepada
suaminya, dalam apa jua keadaanpun, akan sanggup mengorbankan dirinya
untuk menghiburkan suami demi mengharap kasih sayang Allah dan
syurga-Nya.
Lihatlah
sejarah seorang wanita Mukmin, ketika anaknya meninggal dunia, ditutup
mayat itu baik-baik menunggu suaminya pulang. Bila kembali suaminya ia
tidak terus mengadu kejadian malang itu tetapi dihiburkan, dilayan
suaminya hinggalah selesai suami menunaikan hajatnya barulah dia
bertanya, "Abang, kalau kita diberi pinjam sesuatu, adakah kita kena
memulangkan barang itu kepada tuan punyanya? "Tentu sekali," Jawab
suaminya.
Kemudian dia menyambung, "Allah telah meminjamkan kita seorang anak. Tapi
sekarang Allah ambil kembali anak itu dari kita." "Innalillah wa inna
ilaihi raajiuun,"kata suaminya dengan tenang. Maka barulah ditunjukkan
mayat anaknya pada suaminya. Begitu mampunya wanita solehah menenangkan
hati suaminya. Bukan memekik, melolong, menangis, merapu dan
mengungkit itu ini hingga suami jadi dua kali susah. Susahkan ujian
yang berlaku, susahkan sikap isteri.
Hari
ini mana ada wanita salehah yang mengorbankandiri untuk kebahagiaan
suami demi mengharapkan keredhaan Allah dan nikmat syurga di akhirat
kelak.Yang ada ialah wanita-wanita yang selalu menyusahkan suami untuk
keuntungan dirinya kerana semata-mata memuaskan diri dan nafsunya.
Sebenarnya
perkara-perkara yang saya senaraikan diatas, tidak akan atau kurang
berlaku kalau kita beristerikan wanita salehah. Sekalipun wanita itu
berpangkat tinggi, bijak bistari, cantik molek, kayaraya, namun dia
tetap taat dan merendah diri padasuaminya. Suka berkhidmat,
menyelesaikan masalah suami (bukan membuat masalah) bahkan semua
miliknya ditukargeran menjadi milik mutlak suaminya. Lihat
SayidatinaKhadijah, Sayidatina Aisyah dan Siti Fatimah Az Zahrah.
Semua
kekayaan, kepandaian dan jiwa raganya dikorbankan untuk membantu
perjuangan Rasulullah S.A.W. Siti Khadijah yang asalnya hartawan
Quraisy, tetapi setelah menjadi isteri Rasulullah S.A.W., habis
hartanya diserahkan, untuk menyumbangkan pada agama Allah. Hingga waktu
wafat beliau, tempat tinggalnya hanya satu bilik usang berpintu satu.
Sayidatina
Aisyah, Ummul-Mukminin selaku pembantu kuat Rasulullah, turut giat
sama berjuang dengan mengorbankan segala kebolehannya kepada perjuangan
suaminya. Sesudah wafat Rasulullah, dia bertindak selaku mahaguru
kepada para sahabat besar. Siti Fatimah binti Rasulullah adalah isteri
yang rela miskin dan bersusah payah untukIslam, pun begitu dia tetap
dapat memberi senyum manis pada suaminya.
Itulah ciri dan contoh wanita beriman.
Wanita beginilah yang mesti kita sediakan untuk diperisterikan. Sifat
wanita beginilah yang mesti kita didik terhadap ahli keluarga kita.
Agar
rumahtanggakita nanti dan generasi akan datang adalah syurga kecil
yang sementara, yang menjadi sumber tenaga buat kita dan keturunan kita
berjuang mendapatkan syurga yang maha besar lagi kekal abadi di
akhirat nanti.
|
Renungan : Ciri-Ciri Isteri Yang Derhaka – BACA !
Name
Author description. Search this text in your template code and replace it.