TEKNOLOGI Openarch mengubah dinding ruang tamu menjadi paparan komputer.Gambar kecil,Cuervas-Monshe
Penghuni sebuah kediaman futuristik di Sepanyol boleh melayari paparan internet di dinding ruang tamu, mematikan jam loceng atau menukar latar belakang bilik tidur kepada pemandangan tepi pantai atau suasana jalanan hanya dengan pergerakan tangan.
Teknologi canggih itu yang sebelum ini digunakan dalam permainan video telah dipasang di sebuah apartmen prototaip di Fuenterrabia, utara Sepanyol. Menggunakan sensor yang dibangunkan oleh firma Microsoft untuk konsol permainan video X-box 360, teknologi itu membolehkan penghuni mengawal persekitaran di kediaman mereka dengan melambaikan tangan.
"Apa yang kami lakukan adalah menampal lapisan digital pada ruang untuk membolehkan interaksi digital menggunakan pergerakan tangan," kata pereka konsep kediaman pintar tersebut, Ion Cuervas-Monshe.
Cuervas-Monshe melancarkan teknologi yang dikenali sebagai Openarch itu pada November 2011 dengan membina sebuah prototaip di apartmennya sendiri.
Namun, menurutnya Openarch bukan sahaja boleh digunakan di kediaman persendirian. "Kami masih membincangkan kerja sama dengan sektor peruncitan dengan teknologi ini bakal digunakan di pasar-pasar raya," kata Cuervas-Monshe.- AFP
Kredit
Kredit