Kepelbagaian
budaya dan agama merupakan sesuatu yang sinonim dengan masyarakat
dunia..Selain daripada boleh dilihat dalam sambutan perayaan atau
aktiviti keagamaan, ia juga boleh dilihat melalui acara pernikahan
tradisional..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh tengok kat bawah
ni..
1. Samoa
Dalam masyarakat Samoa, baju pasangan pengantin akan dibuat dari kulit batang pokok mulberry.
2. Nigeria
Di
Nigeria, sekiranya seseorang calon pengantin perempuan mengenakan
pakaian yang cantik sebelum hari pernikahannya, calon pengantin lelaki
berhak untuk menghantar semula pakaian tadi kepada orang tua si
pengantin perempuan.
3. Ethiopia
Dalam
suku Surma, sebuah suku di Ethiopia, sebelum sesuatu pernikahan
dilangsungkan, biasanya mempelai perempuan akan mencabut gigi bawahnya,
menusuk bibirnya dan menggantikannya dengan tanah liat yang berbentuk
bulat. Dari semasa ke semasa, tanah liat itu akan digantikan dari yang
kecil kepada yang besar. Hal itu akan melambangkan semakin besar mahar
yang diberikan bagi melambangkan kekayaan keluarga pengantin wanita.
4. Namibia
Di
Namibia, pengantin wanita harus mengenakan topi khusus yang disebut
sebagai "Ecora", yang diperbuat dari kulit kambing yang digosok dengan
tar dan dicelup dalam minyak sebelum diwarnakan dengan warna merah.
5. Kenya
Di
Kenya, selepas satu bulan pernikahan, pengantin lelaki harus memakai
baju wanita yang lengkap dengan aksesori bagi memahami bagaimana
beratnya tanggungjawab seorang wanita.
6. Jawa, Indonesia
Seperti
kebanyakkan daerah lainnya, mereka yang bakal melangsungkan pernikahan
perlu mengeluarkan wang perbelanjaan. Namun di Pulau Jawa ini, kaedah
pembayaran tidak menggunakan wang, tetapi dengan ekor tikus sebanyak 25
ekor.
7. Albania
Konsep
pernikahan di Albania sangat tradisional. Tradisi ini mengharuskan
pengantin wanita untuk menghalang sebarang "serangan" suaminya selama
tiga hari tiga malam berturut-turut. Ia bertujuan untuk memeningkan
roh-roh jahat yang berkeliaran.
8. Nenets, Rusia
Dalam
suku Nenets, iaitu masyarakat asli Rusia, keluarga pengantin akan
menyajikan hidangan berupa daging rusa mentah kepada para tetamu
undangannya.
9. Bali, Indonesia
Dalam
tradisi pernikahan masyarakat Bali, kelibat pengantin lelaki tidak akan
kelihatan sepanjang majlis tersebut. Ini kerana pengantin lelaki telah
ditahan dan harus menyiapkan jamuan makannya. Setelah semuanya siap,
keluarga pengantin perempuan akan menikmatinya.
10. New Guinea
Di
Pulau Trombrian, iaitu sebuah pulau berdekatan New Guinea, sekiranya
anda ingin melangsungkan pernikahan, anda perlu menyani dihadapan semua
anggota suku.