Banyak destinasi pelancongan di dunia yang menarik untuk dikunjungi, kerana agama dan seni binanya. Kedua-dua hal ini ada di Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca, Maghribi. Masjid ini terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus ke Lautan Atlantik.
Masjid ini dibina oleh Raja Hassan II yang kemudian dinamakan sama dengan nama raja. Masjid Hassan II terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus ke Lautan Atlantik.
Masjid Hassan II adalah hasil dari Raja Hassan II saat menyatakan:. "Aku ingin membangun masjid ini di atas air, kerana takhta Allah adalah di atas air. Oleh itu, umatNya yang pergi ke sana untuk berdoa, untuk memuji Sang Pencipta, dapat merenungkan kebesaran Tuhan langit dan laut. ".
Menara masjid setinggi 210 meter disebut sebagai menara masjid yang paling tinggi di dunia. Masjid yang mempunyai kapasiti 25 ribu orang ini dibina hanya dalam tempoh enam tahun, mulai 1980 dan direka oleh arkitek warga Perancis, Michel Pinseau.
Tatkala sujud dikatakan pandangan terus kedalam air (laut) kerana hampir setengah dari permukaan lantai masjid diperbuat daripada kaca di atas air laut Atlantik.
Masjid direka tahan gempa lengkap dengan mandian khas Turki dan mempunyai lantai yang boleh dihangatkan sesuai dengan cuaca. Atap masjid diperbuat dari pintu elektrik yang boleh terbuka, sebagai simbol semua ibadah yang dilakukan di masjid ini akan dibawa ke atas (syurga).
Seni bina masjid dipengaruhi gaya Moorish dan mirip Masjid Al Cordoba di Sepanyol. Masjid Hassan II dan Masjid Tin Mal adalah dua masjid di Maghribi yang terbuka untuk umum dan tetamu bukan Islam. Semua tetamu boleh membeli tiket masuk masjid dan akan dibawa oleh pemandu pelancongan yang menjelaskan secara terperinci struktur dalaman masjid.
Lihat Gambar: