Kasihan : Seni Ukiran Dari Gading Gajah !!

July 31, 2013



Ukiran patung Guanyin mendapat permintaan yang sangat tinggi di China
"PERNIAGAAN ukiran gading yang diperbuat dengan campuran batu jed sangat menguntungkan. Ia merupakan antara patung yang terbesar pernah dijual di sini," kata Chen Yin seorang jurujual yang merujuk kepada patung Buddha, Guanyin kerana ia dijual pada harga RM600,000 (1.2 juta yuan).

Ukiran gading in mendapat permintaan yang cukup tinggi di Asia walaupun pencinta alam membantah penyeludupan terhadap spesies terancam seperti badak sumbu dan gajah. Pembuat dasar juga kini sedang mengadakan mesyuarat serta menandatangani perjanjian di Konvensyen Kebangsaan Spesies Flora dan Fauna Terancam di Bangkok, Thailand.

World Wide Fund for Nature (WWF) menganggarkan kira-kira 25, 000 gajah diburu bagi mendapatkan gadingnya pada 2011 dan jumlah tersebut terus meningkat pada 2012. Kini dilaporkan hanya tinggal 470,000 ekor sahaja yang tinggal di Thailand dan Congo. Keadaan yang sama turut dicatatkan apabila hanya tinggal 25,000 badak sumbu dilaporkan masih hidup di utara Afrika, dengan 668 ekor telah dibunuh pada 2012 untuk mendapatkan tanduknya.

 

Ukiran yang diperbuat daripada gading gajah ini sangat mendapat tempat dikalangan pembeli
Jumlah tersebut juga dianggarkan meningkat sekurang-kurangnya 50 peratus daripada tahun sebelumnya.
Laporan aktivis menyebut kumpulan pemburu haram di Afrika itu membunuh gajah dan badak sumbu untuk mendapatkan gading dan tanduk haiwan tersebut untuk diseludup dan dijual kepada pelanggan di Asia Timur dan kebanyakkannya dilaporkan di China.

"China antara negara yang mempunyai pasaran yang mempunyai permintaan yang cukup tinggi dengan 70 peratus daripada permintaan kesuluruhan terhadap haiwan berkenaan," kata Tom Miliken penganalisis hidupan liar Traffic.
Harga tanduk dan gading gajah meningkat tiga kali ganda dari tahun 2006 hingga 2011. "Pelanggan tidak membeli terus daripada penyeludup yang menjual hidupan liar sebaliknya membelinya daripada orang tengah.
"Ia juga sering dijadikan hadiah," kata Chen.

Perniagaan menjual barangan spesies hampir pupus diharamkan di peringkat antarabangsa.
Ia sekaligus mengurangkan pembunuhan gajah di seluruh dunia. Bagaimanapun, seperti negara lain, China mengeluarkan permit bagi menjual barangan berkenaan sejak 2008. Ia adalah bagi mengurangkan penjualan barangan berkenaan di pasaran gelap, kerana setiap penjualan perlu disertakan dengan sijil pengesahan daripada pihak berkuasa.

-AFP
 

©Copyright 2011 Kecoh Bebenor | TNB