Bagaimanakah agaknya rupa kutub selatan tanpa diselimuti oleh ais? Baru-baru ini agensi angkasa Amerika Syarikat, NASA, menunjukkan gambar kutub selatan yang 'gersang' tanpa ais.
Gambar yang dikeluarkan oleh NASA ini menunjukkan benua dingin Antartika yang tidak tertutup oleh ais, kelihatan kering dan gersang. Ini membuat wilayah tersebut seperti tanah datar yang 'membosankan'.
Gambar ini dihasilkan melalui bantuan simulasi komputer. NASA mengungkapkan, benua Antartika ini dilapisi oleh ais besar. Ketebalan ais yang menutupi beberapa titik di permukaan kutub ini boleh mencapai hingga 3 kilometer.